mySuri who?


Assalamualaikum..
 
Acapkali disoal di manakah kami membeli hijab-hijab yang dipakai seharian, maka tercetuslah idea untuk melahirkan MySuri - label perniagaan hijab yang elegan dan eksklusif. 

Kami memahami kehendak semua gadis dan wanita anggun di luar sana yang memilih untuk mengenakan hijab yang mudah dipakai, ringkas namun tetap tampak bergaya. 

MySuri adalah lambang kasih sayang ibu dan anak-anak di mana kami bertiga bergabung tenaga, idea dan usaha untuk menceburi bidang perniagaan hijab ini. 

Dalam aspek pemilihan hijab yang dijual, kami memastikan kualiti dan keterampilan yang menarik apabila hijab tersebut dipakai dan setiap hijab ini mendapat sentuhan peribadi daripada kami. Pendek kata, bila anda tampak bergaya, kami tumpang berbangga! 


{hijab.mysuri@gmail.com}