Aug 31, 2010

MySuri Di'review'!

MySuri telah direview oleh:



dan



Alhamdulillah.

Terima kasih daun keladi,
Lain kali boleh review lagi! =D

Aug 30, 2010

{Suri Alisha}

Assalamualaikum MySurians!

Tiba saatnya MySuri mempersembahkan koleksi keempat ~ {Suri Alisha}

Material : Lycra Korea (rainbow)
Awning : Thai Silk (plain)
Panjang hijab : M
Saiz muka : Free size

Keistimewaan dan kelainan hijab ini terletak pada warnanya yang berwarna-warni seperti pelangi petang dan ceria membuatkan si pemakai tampak berseri. Sekali pandang macam aiskrim Paddle Pop pun ada, so macam mana enaknya aiskrim Paddle Pop (huiii favorite MySuri tu), macam tu juga enaknya mengenakan hijab ini. Yang paling best, dengan kombinasi warna yang pelbagai, and boleh matching dengan apa jua warna baju! Sesuai untuk pakaian formal atau casual, juga sesuai untuk pakaian bercorak mahupun plain. Sukahati lah labu.. Haha. Koleksi ini juga adalah TERHAD, meskipun nampak sama, setiap corak pada hijab adalah berlainan.

Jika anda peminat setia MySuri, anda pasti tahu yang {Suri Alisha} juga akan terletak cantik dan kemas bila dipakai. Hijab ini hanya terdapat dalam saiz M sahaja, bermakna hijab ini labuh menutupi paras dada. Bagi yang sukakan hijab singkat, jangan risau, anda boleh gayakan dengan brooch untuk mengelakkan ia tampak labuh.

Harga : RM 40
(tak termasuk pos)
(harga butik RM 60++)

{Suri Alisha} 01
Warna: Awning (Hijau Lumut) / Hijab (Baby Blue + Hijau Lumut + Baby Pink)
SOLD OUT!
{Suri Alisha} 02
Warna: Awning (Light Pink) / Hijab (Baby Blue + Light Pink + Hijau Lumut)
SOLD OUT!
{Suri Alisha} 03
Warna: Awning (Baby Pink) / Hijab (Baby Blue + Baby Pink + Hijau Lumut)
SOLD OUT!
{Suri Alisha} 04
Warna: Awning (Baby Pink) / Hijab (Light Pink + Baby Blue + Hijau Lumut)
SOLD OUT!
{Suri Alisha} 05
Warna: Awning (Chocolate) / Hijab (Chocolate + Light Yellow + Peach)
SOLD OUT!
{Suri Alisha} 06
Warna: Awning (Choc Fudge) / Hijab (Choc Fudge + Hijau Lumut + Peach)
SOLD OUT!
{Suri Alisha} 07
Warna: Awning (Baby Blue) / Hijab (Light Blue + Blue)
SOLD OUT!
{Suri Alisha} 08
Warna: Awning (Baby Blue) / Hijab (Baby Blue + Grey)
SOLD OUT!
{Suri Alisha} 09
Warna: Awning (Turquoise) / Hijab (Blue + Turquoise)
SOLD OUT!
{Suri Alisha} 10
Warna: Awning (Baby Pink) / Hijab (Baby Blue + Baby Pink + Light Green)
SOLD OUT!
 * klik untuk besarkan gambar

Salam Gaya Anggun,
MySuri

hijab.mysuri@gmail.com

Aug 24, 2010

{Suri Fuzia}

Assalamualaikum MySurians!

Kini MySuri mempersembahkan koleksi ketiga ~ {Suri Fuzia}

Material : Lycra Korea (plain)
Awning : Thai Silk (plain + pretty beading)
Panjang hijab : S & M
Saiz muka : Free size

Keistimewaan dan kelainan hijab ini terletak pada sebahagian awningnya yang mempunyai pretty beading yang ditempah khas dengan jahitan tangan. Kombinasi manik yang colorful dan gemerlapan menyerlahkan aura glamor pada diri si pemakai. Aci potong jari, anda pasti menjadi perhatian ramai. Koleksi ini juga adalah TERHAD, setiap warna cuma ada SATU sahaja.

Seperti koleksi MySuri terdahulu, {Suri Fuzia} terletak cantik dan kemas bila dipakai. Ada dua (2) saiz untuk panjang hijab ini, iaitu S dan M. Kepada pelanggan MySuri yang pernah bertanya sama ada MySuri menjual hijab yang labuh, saiz M inilah pilihan anda. Disebabkan kedua-dua saiz ini berbeza, maka ada dua (2) juga harga berlainan. Yang saiz S berharga RM 70 manakala yang saiz M pula berharga RM 75. Murah dan sangat  berbaloi untuk memiliki koleksi seanggun ini (tak termasuk pos).


{Suri Fuzia} 01
Warna : Light Purple
Harga : RM 70
 Panjang hijab : S
SOLD OUT!
 
{Suri Fuzia} 02
Warna : Fuchsia Pink
Harga : RM 70
 Panjang hijab : S
SOLD OUT!
 
{Suri Fuzia} 03
Warna : Purple
Harga : RM 70
 Panjang hijab : S
SOLD OUT!
 
{Suri Fuzia} 04
Warna : Dazzling Red
Harga : RM 70
 Panjang hijab : S
SOLD OUT!
  
{Suri Fuzia} 05
Warna : Black Dog Bone
Harga : RM 70
 Panjang hijab : S
SOLD OUT!
 
{Suri Fuzia} 06
Warna : Light Purple
Harga : RM 75
 Panjang hijab : M
SOLD OUT!
 
{Suri Fuzia} 07
Warna : Purple
Harga : RM 75
 Panjang hijab : M
SOLD OUT!
 
{Suri Fuzia} 08
Warna : Shocking Pink
Harga : RM 75
 Panjang hijab : M
SOLD OUT!
 
{Suri Fuzia} 09
Warna : Light Pink
Harga : RM 75
 Panjang hijab : M
SOLD OUT!
{Suri Fuzia} 10
Warna : Sheer Pink
Harga : RM 75
 Panjang hijab : M
SOLD OUT!
 *klik untuk besarkan gambar

Salam Gaya Anggun,
MySuri

hijab.mysuri@gmail.com

Aug 21, 2010

{Suri Syafira}

Assalamualaikum MySurians!

Tiba masanya MySuri perkenalkan koleksi kedua ~ {Suri Syafira}

Material : Lycra Korea (plain)
Awning : Thai Silk (plain + patching beaded lace)
Panjang hijab : S
Siza muka : Free size

Keistimewaan dan kelainan hijab ini adalah pada awningnya yang mempunyai patching beaded lace. Aura glamor dan vogue ini pasti mecuri tumpuan ramai, terutamanya bila dipakai pada hari raya yang bakal menjelang tak lama lagi. Buat permulaan, MySuri perkenalkan tiga warna asas terlebih dahulu (hanya ada 3 helai setiap satu!). Design {Suri Syafira} ini amat eksklusif, lahir daripada idea MySuri sendiri. So far tak pernah jumpa lagi di mana-mana butik atau blogshop. Selalunya hanya pengantin yang akan pakai patching lace kan? Kini tidak lagi. Inilah peluang anda untuk menjadi trend setter. Ada berani?

Seperti koleksi pertama dulu, {Suri Syafira} terletak cantik dan kemas bila dipakai. Disebabkan ada dua (2) design patching beaded lace ini, maka ada dua (2) juga harga berlainan. Yang patching separuh berharga RM 45 manakala yang patching penuh berharga RM 55. Murah sangat untuk koleksi seeksklusif ini (tak termasuk pos).

{Suri Syafira} 01
Warna : Hitam
Harga : RM 45
SOLD OUT!


{Suri Syafira} 02
Warna : Off White
Harga : RM 45
SOLD OUT!

{Suri Syafira} 03
Warna : Kelabu kundang
Harga : RM 55
SOLD OUT!
*klik untuk besarkan gambar

Salam Gaya Anggun,

MySuri

hijab.mysuri@gmail.com

Aug 16, 2010

{Suri Sofia} Restocked

Alhamdulillah. Sambutan terhadap suri pertama MySuri amat menggalakkan.

Kini MySuri dah restocked {Suri Sofia} atas permintaan ramai. Boleh klik semula entri ini untuk lihat jumlah hijab yang masih available.

Cepat jangan ketinggalan lagi! Ini sahaja peluang yang ada sebelum MySuri lancarkan suri kedua dan seterusnya.

Terima kasih atas sokongan anda. Kepada yang bertanya sama ada MySuri ada menjual hijab plain dan labuh, nantikan suri yang akan datang ya. 

p/s: suri = siri 

Salam Gaya Anggun,

MySuri

hijab.mysuri@gmail.com

Aug 10, 2010

{Suri Sofia}


Assalamualaikum MySurians!
Memperkenalkan koleksi pertama MySuri ~ {Suri Sofia}

Material : Lycra Korea (printed)
Awning : Thai Silk (plain) 
Panjang hijab : S
Saiz muka : Free size

Hijab ini mempunyai kualiti setanding butik. Awningnya sangat cantik terletak. Panjangnya di paras dada, so tak perlu pin kat belakang pun dah nampak kemas. 

Harga: RM 34 
(tak termasuk pos) 
(harga butik RM50++)


{Suri Sofia} 01
Warna: Awning (Baby Blue) / Hijab (Baby Blue + Peach)
SOLD OUT!


{Suri Sofia} 02
Warna: Awning (Sunset Orange) / Hijab (Sunset Orange + Pink)
SOLD OUT!

{Suri Sofia} 03
Warna: Awning (Purple) / Hijab (Purple + Light Yellow)
SOLD OUT!

{Suri Sofia} 04
Warna: Awning (Pink) / Hijab (White + Pink + Green)
SOLD OUT!

{Suri Sofia) 05
Warna: Awning (Black) / Hijab (Baby Blue + Peach)
SOLD OUT!

{Suri Sofia} 06
Warna: Awning (Turquoise) / Hijab (Turquoise + Lime Green)
SOLD OUT!

Salam Gaya Anggun, 
MySuri  


hijab.mysuri@gmail.com

Terma dan Syarat Pembelian

~  Tempahan hanya melalui emel ke hijab.mysuri@gmail.com.    

~  Hanya pembeli yang SERIUS sahaja akan dilayan. 

~  Sekiranya anda ingin batalkan tempahan kerana sebab-sebab tertentu, SILA inform Mysuri! Jangan diam saja, Mysuri tak gigit orang ;P. Pelanggan yang backout akan diSENARAIHITAMkan.
 
MySuri mempunyai hak untuk tidak melayan pelanggan yang tidak sopan banyak karenah dan mengada-ngada haha!

Semua hijab tidak boleh ditukar atau dipulangkan setelah pembayaran, jadi sila confirm tempahan anda betul-betul sebelum membuat pembayaran. Anda digalakkan bertanya terlebih dahulu sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

~  Warna hijab yang dipaparkan mungkin berbeza dengan yang sebenar disebabkan lighting tetapi Mysuri akan cuba sedaya upaya untuk memberikan gambaran terbaik. 

MySuri mengamalkan polisi First Come First Serve. Emel akan dijawab mengikut tarikh ia dihantar mengikut mana yang terdahulu.

MySuri akan memastikan hijab-hijab yang dibeli dalam keadaan baik untuk dipos, namun sekiranya terdapat sebarang kerosakan semasa penghantaran, MySuri tidak bertanggungjawab.

Salam Gaya Anggun, 
MySuri



hijab.mysuri@gmail.com

Salam Perkenalan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, setelah lama berpenat lelah dan bertungkus lumus, lahirlah MySuri - label perniagaan hijab yang elegan dan eksklusif.

MySuri menjual hijab-hijab pilihan masa kini, mudah dipakai, ringkas namun tetap tampak anggun. Bertudung bukan lagi alasan untuk tidak bergaya dengan munculnya hijab MySuri ini.

Terima kasih atas sokongan anda, dan teruslah menyokong MySuri. InsyaAllah MySuri akan meluaskan perniagaan dengan meneroka banyak lagi fesyen-fesyen hijab terkini agar semua gadis dan wanita sentiasa mempunyai pelbagai pilihan untuk tampil bergaya sepanjang masa.

Salam Gaya Anggun,

MySuri

hijab.mysuri@gmail.com

Cara Tempahan

1. Emel kepada MySuri di hijab.mysuri@gmail.com dan sertakan butir-butir berikut:

Nama:
Alamat:
No telefon:
Kod hijab & kuantiti:
Cara penghantaran: POS Laju / COD

2. Sila pastikan tajuk emel tersebut adalah 'BELI/BUY' bermaksud anda setuju/confirm untuk membeli.

3. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan sebelum membeli hijab tersebut, anda boleh letakkan tajuk emel 'PERTANYAAN/ENQUIRY'. MySuri akan cuba menjawab segala  pertanyaan dan kemuyskilan sebaik mungkin sehingga anda berpuas hati.

4. MySuri akan membalas emel anda dalam tempoh 24jam. Sila semak Spam Box sekiranya perlu. Sekiranya stok hijab yang ingin dibeli masih ada, MySuri akan menjelaskan butir-butir pembayaran beserta nombor akaun bank.

5. Pembayaran mestilah dibuat dalam masa 2 hari selepas CONFIRM pembelian. Pada masa ini, status hijab tersebut adalah RESERVED. Sekiranya tiada pembayaran dibuat selepas 2 hari, MySuri akan membuka semula hijab tersebut untuk pembeli lain. Anda boleh memohon untuk menangguhkan pembayaran sekiranya terdapat sebab-sebab munasabah dan MySuri akan mempertimbangkannya.

6. MySuri memerlukan bukti pembayaran sama ada melalui print screen transaksi online, gambar resit deposit melalui cash deposit machine, atau lain-lain bukti pembayaran dan emelkan ke hijab.mysuri@gmail.com beserta butir-butir transaksi (masa/tarikh/bank) agar tempahan anda dapat diuruskan segera.

7. Sebaik sahaja MySuri mengesahkan pembayaran tersebut, MySuri akan maklumkan melalui emel dan tempahan akan dihantar pada hari bekerja seterusnya. Sila beri masa lebih kurang 3 hari untuk tempahan sampai kepada anda.

8. Semua penghantaran adalah melalui POS Laju;

1 - 2 hijab = RM 6 (Semenanjung), RM 8 (Sabah & Sarawak)  
3 hijab dan lebih = PERCUMA (Semenanjung), RM 2 (Sabah & Sarawak) 

9. Cash On Delivery boleh diuruskan di sekitar Setiawangsa dan Wangsa Maju (PERCUMA)

Selamat Membeli-Belah!

Salam Gaya Anggun,
MySuri

hijab.mysuri@gmail.com