Aug 8, 2011

Contest Birthday MySuri

Assalamualaikum MySurians!

Happy 1st Birthday MySuri!

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik hari ni MySuri menyambut ulangtahun yang pertama.

Buat semua pelanggan dan penyokong MySuri yang telah bersama-sama MySuri sehingga mencapai tahap pada hari ini, JUTAAN TERIMA KASIH diucapkan. 

Sebagai tanda penghargaan kepada anda semua, MySuri nak buat 'Contest Birthday MySuri'. Senang je, semua orang boleh join dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

1) Like Page MySuri (klik pada FB badge di sebelah)

2) Tunggu pengumuman MySuri di Facebook sepanjang hari ini (8.8.2011)

3) MySuri akan bagi soalan-soalan untuk dijawab. Orang pertama yang jawab soalan dengan tepat di comment box akan menerima hadiah istimewa

4) Ada 2 soalan yang MySuri akan tanya sepanjang hari ini. Soalan pertama pada jam 12 tgh - 1 ptg. Soalan kedua pada jam 10 mlm - 11 mlm. Anda boleh pilih nak join salah satu dan bagi chance pada orang lain untuk soalan kedua, atau nak bolot kedua-duanya pun boleh. Heheh. Siapa cepat dia dapat!

Hadiah yang menanti ialah...jeng jeng jeng...

Untuk soalan 1

Anda boleh pilih mana-mana hijab (sehelai je ye) daripada Suri Chinta, Suri Sa'maa, Suri Shuhada, Suri Airella dan Suri Nadja (yang masih available) dan MySuri akan hantar terus secara PERCUMA ke alamat anda!

Untuk soalan 2

Anda boleh pilih mana-mana hijab (sehelai juga) daripada mana-mana suri yang masih available! Wow!!! MySuri akan hantar secara PERCUMA ke alamat anda dan anda boleh gayakan pada hari raya nanti!

Itu sahaja! Simple kan?

Jadi tunggu apa lagi? Nantikan pengumuman soalan MySuri esok!

p/s: Nak clue tak? Anda study je blog MySuri ni, sure dapat jawab dengan tepat. Hehe. 

UPDATE : Soalan pertama ialah 'Namakan koleksi suri pertama yang dikeluarkan oleh Hijab MySuri' dan dijawab dengan tepatnya oleh Khalisa Johari dengan jawapan 'Suri Sofia'. Tahniah!

UPDATE : Soalan kedua ialah 'Sehingga hari ini (8.8.11), sudah berapa koleksi (suri) kah yang telah MySuri keluarkan?' dan dijawab dengan tepatnya oleh Wan Mohd Nazri W-Abdullah dengan jawapan '15'. Tahniah!


Salam Gaya Anggun,

MySuri 
hijab.mysuri@gmail.com