Apr 6, 2012

MySurians 1

Assalamualaikum MySurians!

Sempena bulan baru ni, setiap hari Jumaat MySuri akan publish satu gambar pembeli/pelanggan tetap yang mengenakan Hijab MySuri. Adakah anda yang seterusnya?? Nantikan setiap Jumaat ok?

Untuk edisi pengenalan ni, MySuri berbesar hati nak letak gambar pelanggan yang paling setia & paling banyak memiliki koleksi Hijab MySuri. Tak lain tak bukan - Puan Zuraidah dari Batu Pahat, Johor.


dari kiri - Yaya, Puan Zuraidah, Ceeka, Keela (duduk)

Beliau kelihatan begitu anggun mengenakan {Suri Tiara Fuzia}. Begitu juga dengan tiga orang anaknya yang tak kalah bergaya :)

Kalau nak tahu, suri yang belum sempat post kat blog, beliaulah yang beli dulu. Alhamdulillah!


Salam Gaya Anggun,
MySuri

hijab.mysuri@gmail.com